INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN
MIZAN
22200 BESUT, TERENGGANU
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH
TUGASAN KERJA KURSUS
|
TAJUK PROGRAM: DPLI-KDC j-QAF
|
|
NAMA GURU
PELATIH:
|
|
|
|
TAJUK KURSUS:
PSIKOLOGI
PENDIDIKAN
KOD KURSUS: EDC2103
|
SEMESTER: 2
AMBILAN: DISEMBER 2012
|
A. Hasil Pembelajaran Kursus
1. Menjelaskan konsep am pembelajaran.
2. Menjelaskan prinsip-prinsip asas teori
pembelajaran behavioris, kognitif, kontruktivis, sosial dan humanis.
3. Membanding-bezakan lima teori pembelajaran
dari aspek prinsip pembelajaran, cara pemerolehan ilmu dan pengukuhan
pembelajaran.
4. Menghuraikan implikasi teori-teori
pembelajaran kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
5. Menghuraikan faktor-faktor yang
mempengaruhi proses pembelajaran dari aspek kesediaan belajar, persepsi dan
penanggapan.
6. Mengaplikasi proses-proses pembelajaran
aspek kesediaan belajar, persepsi dan penanggapan semasa pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
7. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi
aspek ingatan dan lupaan.
8. Mengaplikasikan pemindahan pembelajaran
dalam kehidupan seharian.
Kerja Kursus ini bagi menilai
hasil pembelajaran 1, 2, 3, dan 4.
B. Objektif Kerja Kursus
Pelajar dapat melaksanakan
tugas-tugas berikut:
1. mendapat pemerolehan ilmu yang mantap
berdasarkan sumber-sumber rujukan seperti buku-buku rujukan, jurnal, internet,
majalah dan sebagainya.
2. mengaplikasi kefahaman teori dan
kemahiran yang diperolehi melalui gerak kerja dalam kelas.
3. menghasilkan satu penulisan ilmiah yang
bersifat analisis dan kritikal berdasarkan pandangan sendiri.
4. mewujudkan kolaborasi dalam pasukan
untuk meningkatkan ekefahaman bagi setiap sub topik yang dipelajari dalam
kelas.
5. menghasilakn satu penulisan refleksi
berkaitan dengan tugasan.
C. Tugasan Projek (100%)
Teori pembelajaran menfokuskan
pemerhatian terhadap tingkah
laku manusia yang boleh diramal berdasarkan
hasil kajian
yang dijalankan oleh tokoh-tokoh psikologi.
Teori-teori
pembelajaran tersebut boleh diklasifikasikan
kepada lima kategori:
·
Teori Pembelajaran
Behavioris
·
Teori Pembelajaran
Kognitif
·
Teori Pembelajaran
Konstruktivisme
·
Teori Pembelajaran Sosial
·
Teori Pembelajaran
Humanistik
|
Berdasarkan
pernyataan di atas, anda dikehendaki menjawabn soalan-soalan berikut:
(i) Buat banding-beza Teori Pembelajaran
Behavioris dengan Teori Pembelajaran Kognitif.
(ii) Dengan menggunakan pengurusan grafik,
sejauhmanakah guru dapat mengaplikasikan kelima-lima teori tersebut dalam bilik
darjah ke arah pengajaran dan pembelajaran berkesan.
D. Garis Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus:
1.
Tugasan bagi tajuk
ini adalah dibuat secara individu.
2.
Tugasan Kerja Kursus
adalah membawa markah 100% dan wajaran
sebanyak 40%.
3.
Tugasan yang baik
perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut:
a. mempunyai isi kandungan yang menyeluruh, konsisten
dan terperinci.
b. mengemukakan bukti-bukti dan bahan-bahan yang
dapat menyokong hujah dan perbincangan anda samada dalam bentuk dokumen, gambar
dan sebagainya (dalam lampiran).
c. keseluruhan isi dan pengolahan esei anda
hendaklah menunjukkan keaslian dengan disokong bahan-bahan ilmiah.
d. format dan ilustrasi dalam penulisan
hendaklah jelas.
e. panjang
esei penulisan anda hendaklah di antara 2500 – 3000 (12-15
muka surat).
f. perbincangan anda hendaklah menunjukkan
penerapan unsur-unsur kemahiran berfikir kreatif dan kritis.
g. penulisan laporan akhir perlu menunjukkan
kefasihan bahasa dan kematangan berhujah.
h. walau bagaimanapun, pelajar adalah dinasihatkan
agar mengadakan perbincangan bersama pensyarah lain semasa menyiapkan tugasan
ini.
i. tugasan ini akan disemak/diperiksa
berdasarkan kriteria pentaksiran yang telah ditetapkan.
j. sebarang penghasilan tugasan yang tidak asli
(plagiat/ciplak/peniruan) akan diambil tindakan sewajarnya.
k. semua tugasan hendaklah disiapkan mengikut
tempoh masa yang telah ditetapkan dan dihantar kepada Tn. Hj. Azman bin Mohamed Nor, Jabatan Ilmu Pendidikan pada masa
interaksi bulan Mei/Jun 2013.
4. Format penulisan tugasan adalah seperti
berikut:
i. muka
depan hendaklah mengikut templet terkini
ii. guna
fon ARIAL
iii. saiz
hurif – 12
iv. langkau
1.5 baris
v. rujukan
mengikut format APA (American Psychological
Association)
vi. lampiran
adalah wajib
vii. jawapan
dalam Bahasa Melayu sahaja.
Disediakan Oleh: Disemak
dan Disahkan Oleh:
________________________ __________________________
(AZMAN B. MOHAMED NOR) (MOHAMAD
BIN ABD. KADIR)
Penyelaras
DPLI-KDC j-QAF Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
Jabatan
Ilmu Pendidikan IPG
Kampus Sultan Mizan
IPG
Kampus Sultan Mizan 22200 Besut, Terengganu.
No comments:
Post a Comment